Damia Sofea yang panas baran ditemukan dengan Amirul yang penyabar dan tenang. Hubungan cinta mereka dicemburui oleh Amran dan Cikgu Hayati. Yusri seorang murid psiko dalam diam menyintai Damia namun cintanya menjadi dendam. Rashidah bekas tunang Amirul menabur fitnah sehingga hubungan Damia dan Amirul terputus di tengah jalan. Tengku Emir menjadi pengubat luka Damia namun parut luka cinta Damia sukar untuk sembuh. Tengku Emir yang terlalu obses terhadap Damia sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki gadis itu walaupun setelah mengetahui bahawa Amirul adalah abang tirinya sendiri. Kerana tidak dipedulikan, Melly kekasih Tengku Emir bertindak nekad menculik Damia dan mahu membunuh gadis itu. Apakah yang terjadi kepada Damia? Mampukah Tengku Emir memiliki Damia? Apa kesudahan percintaan di antara Amirul dan Damia? Ikuti kisah mereka dalam Novel Cermin Cinta.
No comments:
Post a Comment